Lama nya aku x menaipkan , so entry kali ney aku juz nak post pasai *bungaapi* Aku Buat Biskut Raya!! *bungaapi* wuuu~~ ajaib kan ? haha . *gedik sat . Nak taw dak aku buat biskut apa ? haa , aku buat biskut sarang semut ngn biskut samperit :D perit ouh nak buat dua jenis biskut ney , maw naik muscle gak lah tgn aku duk putar mentega ngn gula , sbb kat umah aku mesin putar tuh rosak :( so maw xmaw aku kena buat jugak sbb aku yg nak makan :)) . okay disebabkan aku dah buat biskut ney , so aku nak lah kongsi resepi aku kat hampa semua tuh . Ya hampa lah ! yg duk skodeng blog aku ney sambil tgh duk baca dalam hati en ?? haha . meh meh aku nak bg resepi yg pertama . Jeng jeng jeng !!
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
250 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
350 gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung jagung (diayak)
chocolate rice sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya (adunan ney boleh dapat dlm ±80 biji)
Cara membuatnya :
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang
2.masukkan kuning telur , esen vanila dan pewarna kuning . pukul lagi
3.masukkan tepung gandum dan tepung jagung . gaul rata sehingga adunan sebati .
4. kepal-kepalkan adunan tadi menjadi kecil dan simpan adunan tadi kedalam peti ais selama 15 minit
5. kemudian parutkan adunan yg sejuk itu ke dalam bekas yg lain
6. sediakan papercup , then masukkan hasil parut tadi kedalam papercup tuh . guna sudu teh kecil okay
7.then taburlah chocolate rice , or manik2 ka hapa ka yg hampa nak tabur lah . jgn tabur bnyak2 , nanti kena marah macam aku kena marah dgn Puan Zaroni ;P
8. bakar dalam oven or ketuhar dalam suhu 180 selama 15 minit macam tu lah . makesure biskut tuh masa okay , aku just bagi uncertainty time sahaja . adakah? haha . biaqlah .
9. yaaaa ! siap dah kan ? so apa tunggu lagi . makan lah . haha .
Nampak sedapkan ?? nyumm nyumm |
Lastly , aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin . Aku suggest kat hampa try lah amik resepi aku yg x seberapa ney then buat biskut raya k. Dah siap jgn lupa habaq kat aku . jgn habaq saja , bagi lah sikit dalam dua tiga tupperware ka . huhu melampau pulak ;P . Okay sekian sahaja dari aku Cik Tortoise :) Bubye. . .